Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.
KEPENTINGAN IKAN HIASAN
Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.
Jenis-jenis ikan hiasan
a.Terdapat berbagai jenis ikan hiasan yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.
Memilih bekas (akuarium).
Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
• jenis ikan hiasan
•bilangan ikan hiasan
•saiz ikan hiasan
•saiz akuarium
Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.
Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai
Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut :
· Alternanthera spp.
•Bacopa spp.
•Anubias spp.
•Lobelia spp.
•Sumatra fern spp.
•Java fern spp
Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.
Langkah-langkah menyediakan akuarium
Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan dalam akuarium , langkah- langkah berikut
perlu di ikuti ;
•bersihkan bekas terlebih dahulu
•pasangkan penapis
•masukkan pasir
•masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
•masukkan aksesori yang dikehendaki
•masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
•masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
•pasang dan hidupkan pam dan biarkan selama 2 jam
•masukkan ikan hiasan .
Pengurusan akuarium
Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
•Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.
•Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.
•Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.
•Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.
Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.
•Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::